Insuran

KER1M telah mendapat izin dan disokong penuh keatas usaha murni dalam membantu Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dibawah pengurusan Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC). KER1M menawarkan perkhidmatan insuran sebagal konsultan (Consultant) dengan membantu syarikat GLC dan GLIC menjimatkan kos di dalam pengurusan perkhidmatan insuran am dan perubatan. (Medical & General Insurance)

a) Pelantikan KER1M tidak melibatkan apa‚Äďapa kos atau menganggu kontrak perkhidmatan diantara syarikat insuran bersama syarikat GLC/GLIC

b) Konsultan KER1M akan membantu menguruskan insuran dengan lebih efektif dan efisien

c) Membantu pengurusan sumber manusia dan modal insan GLC /GLIC. Membantu Jawatankuasa Audit, Risiko dan Integriti (JARI)

d) Mendapatkan sebut harga yang terbaik di pasaran

e) Mengurangkan kos secara rundingan terus dan memastikan tidak ada pihak ketiga yang menguruskan insuran dalaman

f) Menyediakan laporan terperinci mengenai penjimatan kos kepada YAB Menteri Kewangan. Memastikan manual perolehan diwujudkan dan dikemas kini serta memberikan cadangan kepada lembaga pengarah

g) KER1M dan Syarikat GLC/ GLIC dapat bersama-sama membantu usaha baik KER1M terhadap Kerajaan dalam melaksanakan pebagai aktiviti dan melengkapkan sebahagian tugasan Kerajaan.

Usahasama ini dapat memberikan ruang kepada kedua-dua pihak memperolehi pulangan dan kelebihan yang sama dan secara keseluruhannya ada kelebihan kepada Syarikat GLC/GLIC dengan memperolehi konsultan tanpa bayaran tambahan atau yuran tambahan. Hubungan ini juga dapat menjadikan syarikat GLC dan GLIC mengurus dengan lebih cekap dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Surat pelantikan dan perjanjian boleh dialamatkan kepada :

Setiausaha Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) Bahagian Insuran dan Pelaburan Kerajaan G4 & G5 Lot No 2- 2280 Persiaran Seri Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan 62252 Putrajaya

Tel:03-8861 7557 Fals: 03- 88617667 Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.