Perutusan YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan

Saya berbangga atas kegigihan pertubuhan ini menjaga kebajikan dan kebajikan rakyat atas usaha dan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan sokongan dari kerajaan semata-mata.

Saya percaya usaha KER1M yang sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan ini mampu memberikan faedah dan manfaat kepada rakyat.
Perutusan YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) di atas usaha gigih menerbitkan buletin KER1M edisi terbaru. Saya turut berbangga atas komitmen KER1M sebuah NGO yang digerakkan atas inisiatif sendiri tanpa mengharapkan sokongan kerajaan dan begitu proaktif menjaga hal ehwal kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Perutusan YB DATUK SERI LIOW TIONG LAI

YB DATUK SERI LIOW TIONG LAI

Menteri Pengangkutan Malaysia

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan seluruh ahli Jawatankuasa tertinggi Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) diatas usaha gigih dalam penerbitan ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada Persatuan Kesejahteraan 1Malaysia KER1M diatas usaha murni ini dan berharap seluruh rakyat Malaysia manyokong hasrat kerajaan dalam manjayakan matlamat gagasan 1Malaysia.
Perutusan YB DATUK SERI DR. S SUBRAMANIAM

YB DATUK SERI DR. S SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan Malaysia

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) di atas usaha dalam penganjuran \'Program Jelajah Kempen Kesedaran HIV/AIDS\' ke seluruh negara. Saya yakin bahawa melalui program ini, rakyat dapat mengetahui pelbagai maklumat yang penting mengenai tips tips pencegahan HIV/AIDS.
Perutusan YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

Menteri Pertahanan Malaysia

Saya percaya usaha yang dilakukan persatuan KER1M dalam penerbitan buletin KER1M ini boleh dijadikan sebagai wadah bertukar informasi dan maklumat mengenai aktiviti dan hal ehwal kebajikan yang berlaku dari masa ke semasa. Saya mendoakan agar persatuan KER1M terus maju pada masa hadapan dan komited menghulurkan bantuan serta menjaga kebajikan golongan yang memerlukan.
Perutusan YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN

YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Belia Dan Sukan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) atas semangat dan usaha gigih dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan sosial masyarakat untuk rakyat. Saya juga difahamkan bahawa Persatuan KER1M mengadakan pelbagai program kesukanan dan rekreasi melalui kerjasama dengan jabatan kerajaan serta syarikat swasta. Ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam kecergasan sejajar dengan gagasan FIT MALAYSIA yang diterajui oleh Kementeran Belia dan Sukan.
Perutusan YB DATO' SERI MOHAMAD NAZRI BIN ABDUL AZIZ

YB DATO' SERI MOHAMAD NAZRI BIN ABDUL AZIZ

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

Saya berharap lebih banyak pihak akan turut sama menyokong usaha KER1M ini dalam menjaga kesejahteraan rakyat melalui pelbagai aktiviti kebajikan sosial dan masyarakat.
Perutusan YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Sebagai sebuah badan NGO dalam membantu dan menjaga aktiviti kebajikkan masyarakat sosial, kerajaan sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program-program yang berkaitan kepada kesejahteraan rakyat yng digariskan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.
Perutusan YB DATO SRI' RICHARD RIOT ANAK JAEM

YB DATO SRI' RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia Malaysia

Semoga usaha murni persatuan ini dapat diberikan sokongan dari pelbagai pihak sejajar dengan hasrat kerajaan dan Gagasan 1 Malaysia iaitu membela nasib kebajikkan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Usaha ini harus diteruskan demi masa depan anak-anak kita terjamin dan kearah sebuah negara dan komuniti yang berjaya.
Perutusan YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN DAHLAN

YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia

Seperti yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, Gagasan 1Malaysia adalah satu penilaian untuk kita terus menjadikan Negara kita sebagai sebuah Negara yang berjaya, bertransformasi setanding dengan negara negara lain. Bagi mencapai hasrat ini, KER1M dilihat berusaha memberikan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat khususnya menyatukan rakyat yang berbilang kaum dengan penganjuran pelbagai aktiviti danprogram secara berterusan.
Perutusan DATIN PADUKA CHEW MEI FUN

DATIN PADUKA CHEW MEI FUN

Salam Sejahtera dan salam 1Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pengerusi dan Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) di atas usaha baik dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan kebajikan masyarakat khususnya dalam Program Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M).

Sepertimana yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, Persatuan KER1M adalah sebuah pertubuhan yang aktif dan harus dijadikan contoh kerana KER1M banyak berusaha dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan dan mengambil sebahagian tugasan Kerajaan dalam menghulurkan bantuan kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Perutusan YB DATUK M SARAVANAN

YB DATUK M SARAVANAN

Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Saya berharap dengan perlantikkan ini dapat membantu dan meneruskan usaha baik ke arah menjayakan pelbagai program-program murni kepada kerajaan dan masyarakat umum. Kerjasama pihak YH Dato dalam perkara ini amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Perutusan YBhg TAN SRI DR ALI HAMSA

YBhg TAN SRI DR ALI HAMSA

Ketua Setiausaha Negara

Sepertimana sedia maklum 1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Saya percaya dengan berteraskan gagasan ini, Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) akan terus komited dalam menyampaikan perkhidmatan mereka kepada rakyat.
Perutusan DATO RANJITH

DATO RANJITH

YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA

Usaha KER1M yang memberi pelbagai khidmat bantuan serta nasihat telah membantu beberapa individu untuk meneruskan kehidupan harian dan dengan sokongan YAB Perdana Menteri serta pihak kerajaan maka persatuan KER1M akan menjadi contoh persatuan yang maju jaya serta memperjuangkan nasib golongan yang kurang bernasib baik.
Perutusan DATO' GANDESAN A/L LETCHUMANAN

DATO' GANDESAN A/L LETCHUMANAN

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Hasrat murni KER1M dalam usaha menyebarluaskan maklumat mengenai gejala AIDS/HIV merupakan sesuatu yang sangat terpuji. Program seperti ini akan dapat membuka minda dan menarik perhatian rakyat ke arah memahami punca dan akibat HIV/AIDS. Selaras dengan usaha-usaha pemupukan dan pemerkasaan perpaduan seluruh rakyat maka jabatan ini amat berbesar hati untuk bersama-sama berganding bahu merealisasikannya dengan segala tenaga dan keupayaan yang ada.
Perutusan YBH TAN SRI' DATO SRI AZLANII DR MAHADEVAN MAHALINGAM

YBH TAN SRI' DATO SRI AZLANII DR MAHADEVAN MAHALINGAM

Saya mengucapkan tahniah dan syabas ke atas usaha baik yang dilaksanakan oleh KER1m dalam membantu dan memberikan komitmen untuk menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan jantina. Tindakan KER1m berlandaskan gagasan YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak telah terbukti dengan wujudnya Persatuan KER1M dan saya berharap KER1M dapat meluaskan perkhidmatan ini di dalam dan di luar negara dan menjadi persatuan yang berjaya.
Perutusan DATO' SERI G PALANIVEL

DATO' SERI G PALANIVEL

Saya penuh yakin dengan KER1M yang merupakan sebuah NGO yang aktif mencari dan menyelesaikan isu isu kemanusiaan dan rumah ke rumah tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan keturunan.
Perutusan YBhg TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR

YBhg TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR

Kegigihan persatuan ini yang membangunkan imej dan gagasan 1Malaysia harus diberikan sokongan dan dijadikan contoh oleh mana-mana pertubuhan lain. Saya percaya komitmen persatuan ini juga akan membantu PDRM menyampaikan maklumat pencegahan jenayah dan tips-tips keselamatan dari masa ke semasa di dalam penerbitan ini.
Perutusan DATO' SRI SHARIFUDDIN BIN AB GHANI

DATO' SRI SHARIFUDDIN BIN AB GHANI

Bekas Ketua Polis Pahang

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) di atas penganjuran 'Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Bersama Polis Diraja Malaysia dan RELA'. Saya yakin kempen ini akan memberikan pelbagai manfaat serta meningkat mutu dan imej PDRM dan RELA serta membuka ruang kepada golongan muda menyertai program-program kesedaran yang bakal diadakan nanti.
Perutusan TAN SRI LEE LAM THYE

TAN SRI LEE LAM THYE

Naib Pengerusi Kanan MCPF

Saya sangat teruja dan sangat menantikan program seperti ini diadakan untuk masyarakat umum khasnya. Dengan bantuan daripada KER1M dalam memberikan panduan dan nasihat kepada rakyat Malaysia, ini membantu warganegara mengambil inisiatif untuk membanteras jenayah dengan sebaiknya. Akhir kata saya mewakili seluruh warga MCPF mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia menjayakan 'Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Bersama PDRM dan RELA'.
Perutusan DATO' AMAR SINGH ISHAR SINGH

DATO' AMAR SINGH ISHAR SINGH

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Saya sangat menyokong usaha yang telah ditonjolkan oleh KER1M bagi membantu warganegara Malaysia melalui kempen kesedaran seperti ini. Program sebegini dapat membantu usaha PDRM dan RELA dalam menyampaikan mesej penting kepada setiap ahli masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya ini. Persefahaman dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia menjadi platform kearah kesejahteraan dan keamanan negara tercinta ini.
Perutusan DATO' JAAFAR BIN MOHD YUSOF (DCP)

DATO' JAAFAR BIN MOHD YUSOF (DCP)

Ketua Polis Negeri Sembilan

Saya yakin pihak KER1M dengan niat yang murni dapat merealisasikan tujuan dan hasrat yang ingin disampaikan melalui kempen kesedaran iaitu membantu pihak berkuasa dalam mencegah dan mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Akhir kata saya mewakili seluruh warga Kontinjen Polis Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia dalam menjalankan 'Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Bersama PDRM dan RELA'.
Perutusan DATO' ABD RASHID BIN HARUN (CP)

DATO' ABD RASHID BIN HARUN (CP)

Ketua Polis Sabah

Program ini sudah pasti akan menjadikan satu inisiatif kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda yang sedang meningkat naik untuk terus menjadikan warganegara yang bebas daripada jenayah. Di samping itu, pucuk pimpinan PDRM amat menyambut baik dengan langkah yang telah dijalankan oleh Persatuan KER1M ini, yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat negara ini bebas jenayah, melalui penerapan konsep 'Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada' iaitu satu jaringan kerjasama yang perlu wujud di antara kedua-dua belah pihak, jika kita ingin melihat negara kita bebas jenayah sepenuhnya. Oleh yang demikian, amat wajarlah Kempen tersebut dilancarkan.
Perutusan DATO' ABDUL SAMAH BIN HAJI MAT

DATO' ABDUL SAMAH BIN HAJI MAT

Ketua Polis Selangor

Saya berharap agar hubungan antara PDRM dengan masyarakat boleh dijadikan sebagai perkongsian pintar dalam usaha membanteras jenayah di negara kita. Saya percaya kempen ini dapat memberikan pelbagai manfaat dengan kerjasama bersama pasukan RELA yang mana hubungan dua hala ini membolehkan kita berganding bahu dalam memastikan aktiviti pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia.
Perutusan DATO' SRI WAN AHMAD NAJMUDDIN BIN MOHD

DATO' SRI WAN AHMAD NAJMUDDIN BIN MOHD

Ketua Polis Johor

Usaha KER1M untuk membantu dalam memberi nasihat dan panduan benar-benar saya kagum. Hal ini kerana dapat membantu pihak PDRM dan RELA dalam membantu masyarakat yang kurang ilmu pencegahan jenayah. Berikutan denagn masalah gejala yang melanda negara sekarang, saya sangat menitikberatkan tentang langkah-langkah pencegahan jenayah yang terbaik bagi mengurangkan kadar jenayah sekaligus dapat membantu menghapuskan jenayah yang berleluasa abad ini.
Perutusan DATO' ZAMRI BIN YAHYA

DATO' ZAMRI BIN YAHYA

Ketua Polis Kedah

Program yang dianjurkan oleh KER1M ini seharusnya dijadikan contoh ikutan yang baik untuk membantu pihak PDRM dan RELA dalam menyampaikan maklumat secara terperinci kepada masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Saya bangga dengan penglibatan KER1M dalam program ini berikutan dengan permasalahan dalam pelbagai jenayah yang berlaku. Dengan kempen seperti ini, sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran kepada rakyat umum di Malaysia.
Perutusan DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB

DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB

Ketua Polis Pulau Pinang

Program Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah seperti ini adalah satu bukti khidmat komuniti yang ingin ditonjolkan oleh KER1M dengan sebaiknya kerana ini melibatkan imej Negara Malaysia. Saya merayu agar usaha pencegahan turut melibatkan remaja daripada terlibat di dalam pelakuan jenayah dan penyalahgunaan dadah kerana ianya merupakan perkara penting di dalam membentuk negara pada masa hadapan.
Perutusan DATO' SRI ROSLI BIN AB RAHMAN

DATO' SRI ROSLI BIN AB RAHMAN

Ketua Polis Pahang

Kegigihan Persatuan KER1M dalam memberikan kebajikan kepada rakyat terutamanya untuk menjaga imej Negara tercinta ini adalah perkara yang wajar dicontohi oleh NGO-NGO lain. Dengan penglibatan KER1M dalam membantu PDRM dan RELA ini sudah pasti merapatkan lagi silaturahim di kalangan rakyat dan pihak berkuasa.
Perutusan DATUK MAZLAN BIN MANSOR

DATUK MAZLAN BIN MANSOR

Ketua Polis Sarawak

Sikap keterbukaan Persatuan KER1M dalam membantu pihak PDRM dan RELA sangat saya kagumi dan saya pasti akan turut serta dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh KER1M selepas ini kerana sememangnya sangat bermanfaat kepada warganegara khususnya. Saya percaya kempen ini pasti akan menjadikan kadar penurunan pada kadar indeks jenayah di Malaysia.