Visi & Misi Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia

Bersedia membantu individu yang memerlukan bantuan kebajikan, sokongan moral dan khidmat nasihat. Melahirkan generasi yang berkualiti dan menjadikan rakyat sentiasa bertolak-ansur, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Mewujudkan penilaian perkauman di Negara kita dan menghormati adat dan perlembagaan setiap kaum. Membantu kerajaan mengenal pasti rakyat yang memerlukan dan melengkapkan aktiviti kerajaan sepenuhnya. Bertanggungjawab melaksanakan program demi rakyat. Memperkasa nama 'Gagasan 1 Malaysia' dan menjadikan ianya terbukti dengan sokongan dan komitmen rakyat yang berbilang kaum.