FungsiPersatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia

KER1M berfungsi sebagai sebuah pertubuhan yang memberikan sokongan serta kerjasama kepada kerajaan dalam membangunkan negara serta mengeratkan hubungan silaturrahim perkauman yang berbilang agama dan bangsa.

KER1M menyeru semua rakyat membina kesejahteraan hidup dengan menghayati prinsip 1 Malaysia serta Rukun Negara supaya keharmonian serta masa depan Negara kita akan lebih cerah dan ini memberikan lalukan kepada generasi akan datang untuk meneruskan perjuangan yang diharapkan oleh Kerajaan.

KER1M tidak berhasrat dalam mempolitikan 1 Malaysia dan Gagasan ini adalah 100% untuk membantu kita mencapai kejayaan serta memajukan Negara dan keluarga tersayang. Gagasan 1 Malaysia memberikan fokus terhadap jurang perkauman dan menyeru semua pihak mengamalkan prinsip-prinsip moral yang dapat mendorong serta menjayakan aspirasi Negara dengan satu matlamat "KESEJAHTERAAN, RAKYAT".